Monday, March 13

Its about time some papers get their facts right!!!!

While walking in mid valley i stumbled upon a shop (looking to buy a drink) i saw a malay newspaper (Harian Metro) with a BOMBASTIC front page HEADLINE "KIAMAT 2019" Anyone curious enough would deff buy the paper since the issue was on a story that would generaly interest the entire population of earth! Being me I just had to read the article , so i logged on to their website and found this : Taken from their website on March 12 2006

"Kiamat 2019
Oleh ZAINUDDIN ZAIN dan ASMIZAN MOHD SAMIRANKUALA LUMPUR: Dunia akan kiamat pada 1 Februari 2019 akibat bumi dilanggar asteroid dikenali sebagai 2002 NT7! Ini adalah dakyah terbaru yang kini disebarkan secara meluas menerusi e-mel di internet.Lebih mendukacitakan, e-mel itu mengajak manusia di seluruh dunia untuk bergembira dan melakukan perkara untuk kepuasan diri mereka sehingga tarikh berkenaan.Pihak yang menyebarkan e-mel berkenaan mendakwa, kejadian yang bakal memusnah dan melenyapkan bumi daripada sistem cakerawala itu disahkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Negara (Nasa) di Amerika Syarikat (AS).Pakar astronomi negara ini mengakui kewujudan asteroid 2002 NT7, namun meminta orang ramai tidak terlalu bimbang sehingga mengganggu kehidupan seharian kerana banyak perkara mengenainya masih dipantau dan belum dipastikan.Pakar agama pula meminta umat Islam tidak terlalu mempercayai kiamat akan berlaku pada tarikh itu kerana dibimbangi akan menjejaskan akidah kerana kiamat adalah ketentuan Allah yang tidak diketahui manusia, termasuk Nabi Muhammad SAW.Pensyarah jurusan Fizik Angkasa Universiti Malaya (UM), Prof Dr Mohd Zambri Zainuddin, berkata walaupun asteroid 2002 NT7 dikesan saintis pada 9 Julai 2002, namun masih terlalu awal untuk mengesahkan ia pasti melanggar bumi pada 2019.“Tidak dinafikan mengikut jangkaan ia (2002 NT7) akan melanggar bumi pada 1 Februari 2019, tetapi ketika ini pakar astronomi di seluruh dunia, termasuk dari Nasa dan di Jepun, masih memantau perkembangan asteroid berkenaan.“Masih banyak perkara kita tidak tahu mengenai asteroid itu, termasuk saiz dan orbitnya. Malah, pada masa ini Nasa meletakkan 2002 NT7 sebagai ‘low impact risk’ (risiko perlanggaran rendah).“Hanya antara satu hingga dua tahun sebelum tarikh jangkaan ia akan melanggar bumi, baru kita akan mendapat maklumat lengkap mengenai asteroid itu dan kesan sebenarnya terhadap bumi,” katanya.Dr Mohd Zambri yang juga Timbalan Dekan Fakulti Sains UM berkata, pada masa itu juga, banyak perkara boleh dilakukan terhadap asteroid itu, termasuk menembaknya menggunakan roket atau peluru berpandu supaya hanya serpihannya menimpa bumi.“Kita tidak dapat menolak keluar asteroid ini daripada orbitnya. Kalau ia hendak melanggar bumi, kita tidak akan dapat menyekatnya, tetapi yang dapat kita lakukan ialah meminimumkan kesan perlanggaran.“Bagaimanapun, kita tidak perlu bimbang kerana berdasarkan sejarah, banyak asteroid dan komet yang dikesan sebelum ini tidak sempat sampai ke bumi akibat merempuh objek lain di angkasa atau terkeluar daripada orbit,” katanya.Beliau berkata, Nasa mengesan lebih 1,000 asteroid dan komet yang terkeluar daripada kawasan sepatutnya, iaitu antara planet Marikh dan Musytari serta berhampiran planet Pluto, sekali gus mewujudkan kemungkinan berlanggar dengan bumi.“Namun, kes terburuk adalah asteroid yang jatuh di kawasan gurun di wilayah Tuguska, Siberia pada 1908 yang meratakan kawasan, termasuk memusnahkan tumbuh-tumbuhan di kawasan kira-kira 25 batu persegi,” katanya.Bagaimanapun, Dr Mohd Zambri tidak menafikan asteroid sebesar satu kilometer cukup untuk memusnahkan bumi berdasarkan impak daripada perlanggaran pada kelajuan tinggi.“Berbanding komet berais, asteroid pula berbatu, sekali gus mampu memberi kesan besar terhadap bumi jika berlaku perlanggaran kerana mampu menolak bumi keluar daripada orbitnya.“Apabila bumi terkeluar daripada orbitnya, ia akan ditarik ke arah matahari dan ini cukup berbahaya.Yang pasti, saintis dunia juga sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan sebarang maklumat awal mengenai segala kemungkinan yang berlaku di sistem cakerawala diperoleh,” katanya.Mengenai e-mel kononnya kiamat akan berlaku pada 1 Februari 2019 akibat 2002 NT7 melanggar bumi, Dr Mohd Zambri berkata, ia mungkin disebarkan pihak amatur dan bukan pakar astronomi.“Mereka beranggapan penyebarkan e-mel itu akan menyedarkan penduduk dunia mengenai apa akan berlaku, tetapi sebenarnya mereka hanya mencipta keadaan tidak tenteram berdasarkan fakta salah.“Pada masa ini tiada siapa dapat meramalkan kesan sebenar ditimbulkan 2002 NT7 kepada bumi,” katanya sambil menambah, e-mel itu juga mungkin disebarkan oleh pihak yang ada kepentingan tertentu.E-mel bertajuk ‘Start Enjoying Yourself’ itu mempunyai dua gambar, termasuk satu maklumat grafik yang kononnya menunjukkan kedudukan 2002 NT7 sekarang, selain satu gambar dipercayai menggunakan teknik pertindihan menunjukkan bumi dilanggar asteroid.Antara kata-kata dicatatkan di dalam e-mel itu ialah: “So, enjoy every moment of your life to the fullest extent...till Feb 1, 2019.” (Justeru, bergembiralah setiap saat di dalam hidup anda secara maksimum sehingga 1 Februari 2019).Ini kali kedua e-mel disebarkan secara meluas di negara ini mengenai kiamat. Tahun lalu, rakyat negara ini gempar dengan dakwaan kononnya kiamat akan berlaku ketika gerhana berpasangan Oktober lalu.Dr Mohd Zambri yang juga pakar astronomi berkata, dakyah yang disebarkan tahun lalu itu terbukti pembohongan dan hanya menjadi bahan ketawa mereka yang pakar di bidang berkaitan sistem cakerawala dan solar.“Gerhana berpasangan bukan luar biasa. Namun, ada pihak menjadikannya bahan untuk mewujudkan kebimbangan masyarakat dan lebih malang, mereka mengaitkannya dengan kiamat,” katanya.Sebelum ini, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, ketika mengulas e-mel kiamat menjelang gerhana berpasangan itu berkata:“Hari kiamat perkara ghaib yang sebenarnya di bawah ilmu Allah. Sesiapa pun tidak tahu sedangkan nabi pun tidak tahu bila hari kiamat.“Banyak ramalan sedemikian dibuat dari semasa ke semasa dan dilakukan sejak zaman nabi, tetapi tidak pernah terjadi. Nabi pernah menyatakan tukang nujum itu bohong, walaupun ada kejadian yang betul tetapi ia hanya kebetulan,” katanya.Beliau berkata, penyebaran e-mel itu adalah perbuatan pihak ekstrem atau berniat memesongkan akidah umat Islam."



After reading the site, i decided to log on to NASA's website to see what the "real" story was perhaps NASA had a better explanation and this is what I had gathered .... http://neo.jpl.nasa.gov/news/news133.html"



Which goes to show that, the journalist and editors for Harian Metro did not check on the accuracy of the news , which could have been done by a simple check on NASA's website... now if everyone out there would have done what i did , and reported it back to harian metro , it would be a good reminder to those guys there to go back to their routes of journalism :D

No comments: